Wednesday, November 17, 2010

Berita Hangat - About Noh







(Gambar) Teman Wanita Noh Hujan?
(Gambar) Teman Wanita Noh Hujan?
Dikemaskini oleh M pada November 19th, 2008
Celebriti & E-News, Pictures 146 Respon
Share


Share

Aku suka dengan attitude band Hujan ni apabila mereka lebih mengetengahkan muzik, idea & bakat mereka berbanding cerita tentang diri mereka. Apabila di’tanya tentang kehidupan peribadi oleh wartawan tidak lama dulu, Noh (Vokalis) menegaskan yang mereka tidak berminat berkongsi kisah peribadi.
Tetapi, sekali seseorang itu terjelma ke dunia mainstream, peminat pasti akan korek latar belakang & kehidupan peribadi. Noh Hujan juga tidak akan terkecuali. Gambar ini di’percayai Noh Hujan bersama dengan teman wanitanya.
Sejauh mana kesahihan gambar ini OHBULAN! sendiri tidak pasti. Mungkin gadis ini salah seorang krew persembahan Hujan dan kebetulan rapat dengan Noh. Lagi gambar selepas ini…

Berita Hangat - Mizz Nina 18 Nov,2010


berita tempatan
Mizz Nina: Benar, Saya Sudah Bertunang Dengan Noh!16-Nov-2090 Oleh: zyzamani-->
Media Galeri
Hits22636
Komen 41 Tags: Mizz Nina, Noh Hujan, Hujan, nikah, bertunang, tunang,
Share This!
-->

Jangan Tak Lihat
Mizz Nina: Benar, Saya Su...
Ayu Raudhah: Konsep Fairy...
Separuh MM25: Lagu Ciptaa...
Muat Turun Kotarayaku Per...
Kenapa Ibubapa Raja Farah...




KUALA LUMPUR 16 NOV 2010: "Benar, saya sudah pun bertunang dengan Noh Hujan pada 6 November 2010 lalu dan dalam majlis itu kami hanya menjemput keluarga yang terdekat sahaja. Bukan berniat mahu menyorok daripada sesiapa tapi ia dilakukan secara sederhana," jelas Mizz Nina membuka bicara mengenai kisah pertunangannya dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh.
Mengakui Noh seorang yang memahami, Mizz Nina berkata, itu adalah antara sebab mengapa cintanya mampu dimiliki oleh lelaki tersebut.
"Dia ikhlas menerima saya, sentiasa membantu, menyokong dan berada di belakang saya. Dia juga sentiasa memberi galakan agar saya berusaha untuk mencapai cita-cita saya. Walaupun sudah bertunang, namun ia bukan penghalang untuk saya teruskan cita-cita dan impian saya dalam bidang ini" katanya bersungguh-sungguh memuji tunangnya itu.
Tidak berniat untuk mengelak daripada pihak media yang sedang memburu dirinya bagi mendapatkan pengesahan di sebalik kisah pertunangan itu, penyanyi yang popular menerusi lagu What You Waiting For ini berkata, dia berbuat demikian kerana mahu adil dalam berkongsi kisah tersebut dengan semua pihak media dan tidak mahu ada yang berkecil hati.
"Saya mahu membuat pengumuman dan biar semua media dapat cerita ini. Sebab itu saya buat sidang media bagi memberi penjelasan mengenainya hari ini, jadi tak ada yang berkecil hati atau terasa hati dengan kami. Lagipun kami rasa tak ada sebab lagi untuk kami menyimpan cerita ini lagi dan tak salah jika diberitahu kepada umum," katanya.
Bersyukur dan gembira dengan apa yang dilaluinya kini, dia amat berterima kasih kepada kedua ibubapanya kerana menerima seadanya pilihan hatinya itu.
"Kedua ibubapa saya menerima pilihan saya dengan baik. Bagi mereka asalkan saya gembira dengan pilihan saya itu sudah memadai, yang penting saya dan dia saling menyayangi," jelasnya lagi.
Enggan menyimpul tali pertunangan terlalu lama, Mizz Nina memberitahu dia dan Noh telah sepakat mahu diijabkabulkan pada 1 Julai 2011 akan datang.
"Tiada sebab sebenar mengapa kami memilih bulan Julai. Tapi, rasanya itu saja waktu yang terluang untuk kami mengadakan majlis ini. Selepas nikah pada 1 Julai 2011, kami akan membuat majlis resepi untuk keluarga di Hotel Shangri La pada 3 Julai 2011. Kemudian diikuti dengan majlis resepi untuk rakan-rakan artis dan pihak media pada 6 Julai 2011.
"Setakat ini, itu sajalah yang boleh saya kongsikan pada semua. Tentang konsep perkahwinan kami nanti, saya masih belum boleh beritahu sebab sebab saya masih belum merancang dan memikirkan apa-apa tentangnya lagi," katanya yang bakal menerima wang hantaran sebanyak RM 11,000.

Thursday, March 4, 2010

A little Quotes for everyone.







"Good nature is worth more than knowledge, more than money, more than honor..."
-- Henry Ward Beecher





Linkin Park - Numb.

Wednesday, January 13, 2010

About Me


Hai my name is Zanaria Abu I am 33 years old this year.
I just give a birth to a baby boy named Ahmad Syahir Bin Ahmad Tarmizi
last year on 23 September 2009. Now he already grawn up he likes to laugh,
smile, talked, and even rolling... amazingly... I LOVE my kids so much.
They are my Apple Of Life...